Wednesday, 10 April 2013

manusia dan kejayaan

kejayaan manusia bukanlah apabila dia berjaya membuat blog, atau berjaya menjadi sedikit rajin menggodeh internet, atau secara tiba2 mendapat semangat untuk menulis,

''kejayaan manusia bahawasanya dalam agama Allah SWT sejauh mana taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW''

dalam kehidupan seharian, 24 jam masa bergerak, manusia telah meletakkan fikiran mereka, emosi mereka, usaha mereka, bahkan harta mereka untuk perkara2 yg mereka sangat faham,

seorang pelajar faham akan pentingnya datang ke kelas, lalu mereka akan sentiasa berusaha menghadirkan diri ke kelas walaupun ribut petir taufan tornado dtg menghalang,
seorang suami yg faham akan pentingnya mencari harta untuk keperluan nafkah keluarga akan berusaha bekerja untuk mendapatkan hasil walaupun ribut petir taufan tornado dtg menghalang,

seseorang yg ada kefahaman terhadap sesuatu perkara akan mendapat kemanisan bahkan kebahagiaan apabila mendapat perkara itu,

sebagai contoh:
apabila seorang kanak2 dihulurkan beberapa ketul gula2 dan beberapa ketul emas pasti dan pasti kanak2 itu akan memilih untuk mengambil gula2 itu, sebab apa? sebabnya kanak2 itu ada kefahaman terhadap gula2 itu, tetapi tiada kefahaman terhadap ketulan emas,
dan sekiranya kanak2 itu mengambil ketulan emas itu sekalipun mereka akan menganggapnya sebagai mainan dan tidak akan tahu menghargainya,

berbeza pula apabila gula2 dan emas itu dihulurkan kepada org dewasa, mereka akan tahu betapa bernilainya emas pada mereka,

begitulah dalam kehidupan, seseorang yg faham pentingnya untuk taat perintah Allah SWT mengikut cara Nabi SAW akan berusaha untuk belajar2 amal agama dgn sempurna mengikut cara yg telah Nabi tunjukkan,

hari ini betapa ramainya manusia yg enggan untuk taat perintah Allah, dan yg ikut perintah Allah pula ramai yg tak ikot cara Nabi SAW,
sesungguhnya kita kena yakin bahawasanya hanya dengan cara Baginda SAW sahaja akan mendapat kejayaan, cara lain langsung tiada kejayaan,

apabila makan ikut cara Nabi barulah dapat kejayaan, apabila tidur cara Nabi barulah ada kejayaan, apabila solat ikut tertib yg Nabi tunjuk barulah ada kejayaan, apabila beristinjak dgn cara yg betul barulah ada kejayaan,

dan begitulah juga apabila berdakwah, kenalah ikut cara nabi baru ada kejayaan, arini kita tau apabila solat tak ikut tertib maka batal solat tu, apabila puasa tak imot cara yg nabi ajarkan pon sama juga, tak dapat pahala, malahan apabila tak ikut cara Nabi dan suka2 hati ikut cara sendiri seterusnya cakap cara Nabi kurang sesuai silap2 boleh dapat dosa dan seterusnya menempah tiket ke neraka,nauzubillah,

sekiranya semua makhluk Allah berkumpul untuk menghina kamu tetapi sekiranya Allah kata kamu mulia, maka kamu akan tetap mulia di sisi Allah,
sekiranya semua makhluk berkumpul untuk memuliakan kamu tetapi sekiranya Allah kata kamu hina, maka kamu tetap hina disisi Allah,

sekian